Tuesday, 17 September 2013

Ketam Masak Cili Padi & Mee Kari Ketam | Mee Ketam K.L(Shah Alam)

Kyo kalau nak kira bukan penggemar ketam, tapi masa makan kat situ,fuhhh...puas hati,ketam dia besar woooo...makan pon ambil masa. Kyo rasa dekat sejam gaklah makan ketam tu,haritu order 2 jenis masakkan ketam,2-2 ni ketam nipah,mahal lah sikit berbanding ketam biasa...harga dia ikut timbang.

2 jenis masakkan tu iaitu ketam nipah masak cili padi+nasi putih(semasa entry ni ditulis,air liur tengah meleleh), 1 lagi mee kari ketam,Kyo tak suka sangat mee,tapi si dia nak makan mee kari gak,layan je lah hihihi.Apa lagi,layan gambar dulu hihihi.

Korang perasan tak,gelas ada 3,tapi ketam ada 2..mesti tak perasan kan hihihi coz tengok ketam,ketam ni memang besar,tengoklah terkeluar tu kaki dia,penuh mangkuk plak tu...slurppp.

Masa nak makan ketam ni,ketam ni sempat sepit lagi tangan Kyo(tipu ni jangan caya hihi),ni mee kari ketam,cuba cari mee dia kat ne.

Nie plak ketam masak cili padi,menitis air mata gua masa makan ni habaq hang,tapi rasa mengancam giler,rasa dia cukup,tak boleh nak cari salah lah,perfect. Korang jangan risau,ketam nipah nie memanglah cengkerang dia keras tapi tukang masak dah pecah2kan die,kira mudah lah nak makan.

Mee kari tak habis,tapi ketam hilang,pelik ni pelik.

Persembahan terakhir,biasalah...meja berselerak & tinggalah sepit ketam sendiri,sape pernah main sepit ketam,yang boleh gerak2 tu hihihi.
Bagi Kyo suasana dia kurang selesa,kurang dari segi apa,tempat dia...orang ramai & selalu ada je yang datang tapi kapasiti untuk orang duduk untuk makan kecil. Lagi 1,yang mempunyai saiz punggung yang agak besar,sila tahan lah sikit ye,kerusi die kecil je,cukup2 je nak tampung kelebaran punggung anda hihihi.

Kyo rasa tu strategi perniagaan dia kot,orang tak akan stay lama kalau kerusi camtu hihihi. Pada pendapat Kyo,masakkan dia terutama ketam masak cili padi memang sedap,walaupun harga dia agak mahal bagi ketam nipah,tapi kepuasan selepas makan tu yang menjaminkan harganya yang mahal.

Ok,mesti dah teringinkan,Kyo bagi landmark senang je,kalau korang kenal Unisel kat Seksyen 7 S.alam,belakang Unisel tu ada foodcourt,korang pusing2 je area situ,kalau tak nak sesat,tanya orang je hihihi,kat bawah Kyo bagi map dia(map macam nak gi kenduri kahwin je hihihi).


Korang kena ingat ni,kedai dia tutup tau hari Isnin,pelik sikit...maybe hari Isnin tak ramai orang kot datang. Waktu perniagaan die plak dari pukul 12:30 pm-10:00 pm. Nak tengok harga dia,tengok bawah ye,tapi rasa dah mahal sikit,minyak naik kan hihihi.


Lupa nak bagi bagitahu,harga yang Kyo makan haritu around Rm50++,Ketam nipah masak cili padi+nasi putih,mee kari ketam nipah dan 2 gelas teh O ais...walaupun mahal tapi berbaloi.








No comments:

Post a Comment

KETAHUI KEHEBATAN HERBA DI RUMAH ANDA