Thursday 26 September 2013

Maggie Ketam | Gerai AW Maggi Ketam(Puchong Perdana)

Selalunya kalau kedai makan terkenal paling cikai pon restoran kan,tapi korang kena tau...makanan yang best bukannya perlu berada di hotel @ restoran, gerai tepi jalan pon banyak yang best-best, lagipon Kyo akan update semua tempat makan yang Kyo rasa perlu orang lain rasa gak.

Kyo dah lama nak makan maggie ketam ni,tapi tak jumpa tempat yang jual makanan ni area Selangor/ K.L,harini dapat gak Kyo makan,tu pon masa pergi lunch hihihi, sempat gak merasa...sampai menghirup kuah orang cakap,jilat mangkuk je belum coz malu.

Kyo tak ambil gambar view dari jauh kedai dia,tapi Kyo akan bagitahu area mana ye,jangan risau...


Sebelum makan minum dulu, kalau sape2 nak tau, ni air lagend kat Kelantan, zaman budak-budak dulu...air ni antara yang feveret,rasa biasa je,tapi masa minum mesti teringat nostalgia...cewahh hihihi.
Nak tunggu hidangan ni tak lah lama sangat,tak sampai perut berbunyi pon...dapat makan tu memang puas hati. Bagi Kyo ketam die sederhana besar,tak kecil & tak besar sangat tapi memuaskan(Kyo tengok macam ketam ni hidup lagi pon ada)
Nie gambar view dekat sikit, bagi korang terliur hihi...ketam yang Kyo order ni ada telur tau,merah kekuningan gitu telur dia, ketam dia jenis ada isi walaupun sederhana besar...ada kepuasan jugalah makan kat sini.
Sesi penghabisan dah, tengok...licin kan,kuah die pon Kyo betul-betul hirup tau...nak sedut dengan straw tapi tak apelah,hirup dengan sudu pon dah rasa kenyang dah..


Bagi Kyo,maggie ketam ni best...rasa kuah dia macam kita makan mee celup(bagi orang qlate), kalau sape-sape pernah makan mee celup camtulah rasa kesedapan die, kalau tak,tak licin Kyo makan tu. Gerai dia tepi jalan je, Kyo dah selalu lalu depan gerai dia, minggu lepas nak pergi makan,tengok-tengok takde,ingat dah tutup...rupa-rupanya barang kat kedai diorang kena angkut kat Majlis,so semua barang baru kat kedai die,meja baru, gelas baru...gelas die guna brand Apple Lady tau, mahal kot....takpe,asal diorang cari rezeki yang halal...sape salah Kyo tak tau.

Setahu Kyo,tukang masak bagitahu yang diorang belajar masak maggie ketam ni kat Kelantan sebab dia asal Acheh, sebabtulah Kyo rasa macam mee celup, resepi dari sana rupanya...Selain dari maggie ketam, ada gak maggie sotong,udang & korang juga boleh try nasi goreng ketam, member Kyo cakap best gak nasi goreng tu,ketam die goreng spicy gitu.

Harga maggie ketam ni tak de lah mahal sangat berbanding tempat lain sampai berbelas-belas harganya...nie harganya..

Rm10


Tempat dia senang je,korang cari Masjid As-Salam @ masjid terapung..klik map Masjid As-Salam, kalau korang dari LDP menuju ke masjid tu,korang terus je sambil tengok belah kiri coz gerai tu sebelah kiri,masjid belah kanan,dia dekat dengan kedai mamak,nama kedai tu...Syed Bistro,memang dekat sangat dengan kedai mamak tu...confirm jumpa,tak jumpa pm Kyo tak pon tanya kat chatbox pon boleh.

Tuesday 24 September 2013

Ketam Masak Sos Special, Sup Sirip Ikan Yu & Butter Prawn | Restoran Mohd Chan(Bandar Baru Bangi)

Hari tu Kyo terasa nak makan masakan chinese,nampak macam sedap je...lebih-lebih lagi tengok yang itik gantung tu hihihi,pe lagi nak try makan lah...tapi kenalah cari yang restoran yang halalkan,jangan main hentam je...akan jadi darah daging kita gak nanti,so Kyo try tanya kawan-kawan,diorang prefer Kyo pergi Restoran Mohd Chan, so pe lagi....plan lah leklok,Kyo pergi area Bandar Baru Bangi.

Niat di hati nak try itik gantung tu, sampai sana lepas tengok menu dia terus tak jadi coz ada lagi yang menyelerakan,tangkap leleh gua beb hihihi. Kyo telah pesan seperti tajuk di atas, Kyo tanya pelayan yang ambil order tu,yang mana diorang prefer untuk Kyo makan,dia prefer suh makan ketam masak sos spesial,so Kyo order lah yang tu, semua masakkan yang Kyo order kira ada bintanglah,alaaa...kan kalau makanan yang selalu di order oleh pelanggan,dia akan letak rating,so Kyo pilih yang mana ada rating lah..makanan yang Kyo order ketam masak sos special,sup sirip ikan yu & butter prawn(udang goreng mentega).

Gambar tak ambil banyak coz teruja sangat hihihi.

Front elevation hahaha, terbawak ayat construction pulak, ni gambar depan Restoran Mohd Chan, restoran ni senang je nak cari,dekat dengan Speedmart, dia duk 1 block dengan Iceroom yang bangunan dia warna hijau,tapi Restoran Mohd Chan ni area belakanglah,Iceroom tu depan tepi jalan besar.

Tu yang merah-merah tu,ketam masak sos special,ketam dia besar-besar tau, 4 ekor semuanya,tapi dah potong 2,3 & 4 hihihi. Kyo pergi 2 orang je,Lepastu Kyo orderlah sup sirip ikan yu tu,dah 2 orang makan, confirm order yang small lah kan, coz kat situ ada tulis,size hidangan sup yang kita nak,mak aiii...yang sampai small dia tu small gergasi, bukan untuk 2 orang dah macam 5-6 orang makan,dalam sup tu ada crab meat, telur, su'un, mushroom & shark fin(ingat balik sup ni terasa kenyang plak)

Ni plak butter prawn, dah macam ala-ala rambut plak kan,udang dia besar-besar gak,fuhhh...nampak menyelerakan tapi memang menyelerakan pon hihihi...rasa dia macam telur+mentega,dah memang nak wat butter prawn ni pon mentega dengan kuning telurkan. Kalau sape2 suka makan udang,boleh lah order ni, tak silap udang dalam 6 ekor,jangan risau saiz udang ni XXl,saiz seluar 38 hahahaha,gurau je.(Kamera Galaxy Note,bukan DSLR, rasa macam pro plak ambil pic hihihi)

Alhamdulillah, ni saat kekenyangan yang tak boleh diucap dengan kata-kata, bunyi sendawa yang merungkai semua persoalan tersebut, ada macam penyair tak hihihi, sup sirip ikan yu memang ambil masa nak habiskan sampai surrender coz memang tak dapat nak habiskan.


Pendapat Kyo bagi makanan yang Kyo order tu iaitu Ketam masak sos special tu, rasa dia macam kita makan ketam masak sos cili dalam botol tu tapi rasa manis-manis pedas gitu,bagi Kyo manis sangat dalam masakkan tak sesuai sangat,air boleh kalau nak manis hihihi,tapi yang wat Kyo rasa best coz ketam die besar & isi ketam dia memang padat, macam tak rugi je order.

Sup sirip ikan yu tu plak bagi sape-sape tak pernah makan, boleh try order, nak rasa camne sup sirip ikan yu kan, masa Kyo duk makan tu tak jumpa plak sirip ikan, cendawan de lah,nak wat camne,sirip dah hancur kena kacau hihihi.

Butter prawn ni memang best gak, rasa rerambut iaitu kuning telur+mentega tu memang menyelerakan,ada rasa manis-manis gak tapi kena lah nak makan dengan nasi tu.

Kyo tengok makanan di Restoran Mohd Chan nie banyak berasaskan telur bagi setiap masakkan dia, maybe orang Chinese ni suka makan makanan yang berasaskan telur kot, Kyo pon tak pasti,tu kena tanya member korang yang Chinese lah hihihi.

Nie harga yang Kyo ingatlah...

Butter Prawn: Rm 22
Shark Fin(small): Rm 18
Ketam Masak Sos Spesial: Rm38

Nie plak alamat die, sesat tanya orang tau...

No.30, Jalan Medan Pusat 2c,
Pusat Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tau,nak map la tu kan,ok2,ni map dia,klik sini Restoran Mohd Chan.

Kalau korang nak pergi nanti...nasihat Kyo, baik pergi dalam 4-5 orang coz hidangan small dia memang SMALL sangat hihihi, Kyo takut korang membazir je,tapi tak pe, boleh bungkus wat balik,macam Kyo pon wat balik butter prawn tu,tak abis. Restoran ni kalau pergi berdua memang rasa mahal sikit, so kalau pergi ramai untuk hidangan small baru rasa murah sangat coz Restoran Mohd Chan ni lebih kepada tempat family pergi makan.Wassalam.


Tuesday 17 September 2013

Ketam Masak Cili Padi & Mee Kari Ketam | Mee Ketam K.L(Shah Alam)

Kyo kalau nak kira bukan penggemar ketam, tapi masa makan kat situ,fuhhh...puas hati,ketam dia besar woooo...makan pon ambil masa. Kyo rasa dekat sejam gaklah makan ketam tu,haritu order 2 jenis masakkan ketam,2-2 ni ketam nipah,mahal lah sikit berbanding ketam biasa...harga dia ikut timbang.

2 jenis masakkan tu iaitu ketam nipah masak cili padi+nasi putih(semasa entry ni ditulis,air liur tengah meleleh), 1 lagi mee kari ketam,Kyo tak suka sangat mee,tapi si dia nak makan mee kari gak,layan je lah hihihi.Apa lagi,layan gambar dulu hihihi.

Korang perasan tak,gelas ada 3,tapi ketam ada 2..mesti tak perasan kan hihihi coz tengok ketam,ketam ni memang besar,tengoklah terkeluar tu kaki dia,penuh mangkuk plak tu...slurppp.

Masa nak makan ketam ni,ketam ni sempat sepit lagi tangan Kyo(tipu ni jangan caya hihi),ni mee kari ketam,cuba cari mee dia kat ne.

Nie plak ketam masak cili padi,menitis air mata gua masa makan ni habaq hang,tapi rasa mengancam giler,rasa dia cukup,tak boleh nak cari salah lah,perfect. Korang jangan risau,ketam nipah nie memanglah cengkerang dia keras tapi tukang masak dah pecah2kan die,kira mudah lah nak makan.

Mee kari tak habis,tapi ketam hilang,pelik ni pelik.

Persembahan terakhir,biasalah...meja berselerak & tinggalah sepit ketam sendiri,sape pernah main sepit ketam,yang boleh gerak2 tu hihihi.
Bagi Kyo suasana dia kurang selesa,kurang dari segi apa,tempat dia...orang ramai & selalu ada je yang datang tapi kapasiti untuk orang duduk untuk makan kecil. Lagi 1,yang mempunyai saiz punggung yang agak besar,sila tahan lah sikit ye,kerusi die kecil je,cukup2 je nak tampung kelebaran punggung anda hihihi.

Kyo rasa tu strategi perniagaan dia kot,orang tak akan stay lama kalau kerusi camtu hihihi. Pada pendapat Kyo,masakkan dia terutama ketam masak cili padi memang sedap,walaupun harga dia agak mahal bagi ketam nipah,tapi kepuasan selepas makan tu yang menjaminkan harganya yang mahal.

Ok,mesti dah teringinkan,Kyo bagi landmark senang je,kalau korang kenal Unisel kat Seksyen 7 S.alam,belakang Unisel tu ada foodcourt,korang pusing2 je area situ,kalau tak nak sesat,tanya orang je hihihi,kat bawah Kyo bagi map dia(map macam nak gi kenduri kahwin je hihihi).


Korang kena ingat ni,kedai dia tutup tau hari Isnin,pelik sikit...maybe hari Isnin tak ramai orang kot datang. Waktu perniagaan die plak dari pukul 12:30 pm-10:00 pm. Nak tengok harga dia,tengok bawah ye,tapi rasa dah mahal sikit,minyak naik kan hihihi.


Lupa nak bagi bagitahu,harga yang Kyo makan haritu around Rm50++,Ketam nipah masak cili padi+nasi putih,mee kari ketam nipah dan 2 gelas teh O ais...walaupun mahal tapi berbaloi.








Monday 16 September 2013

Steamboat | Steamboat Antarabangsa(Bandar Baru Bangi)


Semalam lepas settle beberapa kerja,terasa nak pergi makan steamboat...ada seseorang bagi cadangan makan steamboat kat Steamboat Antarabangsa area Bandar Baru Bangi...korang taulah,Bangi nie syurga bagi makanan yang sedap-sedap...layan pic dulu hihihi...

 Masuk je restoran ni dah nampak dah apa yang nak dimakan.

Atas rak tu jeruk, bawah tu sos steamboat macam2 jeruklah..tapi tak banyak sangat pilihan.

Nie sebahagian sayur mayur, de gaklah pelbagai mee yang Kyo pon tak tau nama ape huhu.

Tu peti aiskrim kalau nak kenal hihi,air juz ada 3 pilhan je,sirap,orange & sky juice(gambar ambil curi2).
Tak ambil banyak sangat,dua orang makan,lagipon tengah on diet hihihi.

Yang best kat sini dia ada grill skali,ada daging kambing yang tengah dipanggang.
 Sos dia ada 4 jenis,tapi sempat ambil 3 je,yang dapat pastikan,sos bbq,yang lain tak pasti...nie homemade punya sos(abaikan meja berselerak hihihi).
Nie pencuci mulut,nampak tak aiskrim,mesti tak nampakkan...nak buat camne,dah kena timbus dekat bit2 hehehe.
Selesai juga sesi menyelerakkan meja makan...erkkk,Alhamdulillah.

 Kalau terasa nak pergi makan gak,ni alamat dia...landmark dia senang je,sebelah dengan Wong Solo & Nasi Ulam.
10G-1 Jalan Medan,
Pusat Bandar 4A,
Seksyen 9,43650,
Bandar Baru Bangi,
Selangor, Malaysia.

Mesti nak map gakkan, klik sini Steamboat Antarabangsa Map.

Nie harga dia,tapi cara pengiklanan harga dia Kyo tak suka sangat.




Bagi Kyo,untuk dapatkan steamboat yang berharga murah yang siap dengan grill,ini mungkin pilihan tepat,tapi dari segi kepuasan Kyo,tak sampai lagi...maybe korang lain kot...pe2 hal,try dulu baru cite ok.



Kenapa MauMakanMinum?

Assalamualaikum,sedang saya menulis entry ini...kopiah masih di kepala saya hihihi,ini adalah 1st personal blog saya,sebelum ini memang ada blog lain tapi itu lebih kepada perkongsian yang jauh sangat berbeza dengan blog ini...apa2 korang boleh panggil saya Kyosan...setiap orang ada nama pena dia kan hihihi.

Ni adalah 1st entry kan dalam blog ini,so soalan yang ada dalam otak korang,"Kenapa title blog dia Mau Makan Minum",sebab dalam blog ini,Kyo akan lebih berkongsi tempat makanan yang Kyo sendiri pernah pergi,mungkin juga perkongsian resipi masakkan(tu dalam proses lagi)...jangan ingat lelaki tak pandai masak tau,tapi jangan plak kalau lelaki pandai masak dia pondan coz pondan pon mana pandai masak hihihi.

Kalau korang ada tempat yang rasa Kyo boleh pergi,boleh gak inform kat Kyo nanti,kalau sampai jangkauan dia Kyo gi lah...jauh sangat kena fikir banyak kali gak,nanti siap makan balik rumah lapar balik hihihi...tq baca 1st entry yang tak de kena mengena pasal makanan. Wassalam.

KETAHUI KEHEBATAN HERBA DI RUMAH ANDA