Monday, 3 October 2016

Cafe Eat & Repeat(Shah Alam)

Ok Salam & hai..dah dekat 1 tahun 7 bulan tak update kan hihihi,sekarang busy sikit,thanks yang blogwalking & usha2 blog Kyo yang tak seberapa ni,yelah semua duk cite pasal makan-makan je hihihi.Ni mesti ada yang dulu single,sekarang dah kahwin kan,yelah nak dekat 2 tahun tak update tu,confirm2  yang lelaki dah jadi bapa & yang perempuan dah jadi ibu hihi..ok2 dah melalut ni..ni kena buat blog lain plak,blog kisah rumah tangga.

Dah-dah,kita kembali ke jalan yang benar..Eat & Repeat,pernah dengar nama kafe ni,dia cakap dia cafe so Kyo cakap cafe lah,sebenarnya ada beza ke cafe & restoran,Kyo mana tau..semua tempat makan Kyo panggil kedai makan je hahaha.Cafe Eat & Repeat ni dia guna konsep macam Boat Noodle,alaaa yang restoran yang ada macam2 mee tu,yang harga murah tapi mangkuk kecil-kecil & kiut macam Kyo je hihihi.Harga makanan di Cafe Eat & Repeat semua Rm1.90 tapi kalau tapau a.k.a bungkus,harga Rm2.00,maybe caj plastik kot,yelah kalau makan situ mana ada orang wat balik mangkuk tu kan.Tapi air kosong/air suam tak pasti plak berapa,kalau Rm1.90 gak,nanya lah hahaha,tapi tak kot..nanti Kyo cek balik.

Ini pandangan depan kedai,sorylah pic senget sebab malu nak ambil straight nanti orang nampak hihihi.

Kat muka depan kedai @ dekat muka pintu cafe tu,dah ada whiteboard,ke korang panggil pe benda ni(refer pic bawah),kat sekolah kan panggil whiteboard je..dia ada listkan makanan yang ada kat situ..harga tak yah cakap lah,confirm-confirm Rm1.90.

List makanan yang ada kat cafe ni,air tak tulis pulak,tak muatlah tu nak tulis hahaha.


Masa Kyo pergi ni,dalam pukul 3 lebih kalau tak silap,memang orang tak ramai lah,yelah..hari biasa pergi bukan Sabtu & Ahad @ cuti umum,kalau cuti ramai yang ada,bukti!!,masa Kyo melangkah keluar(sasterawan negara punya ayat),orang dah start ramai..kebanyakkan yang datang pakai smart-smart & hensem kalau lelaki & perempuan pulak ayu berbaju kurung,yelah baru balik kerja katakan hihihi.

Nak cakap tema kedai ada ala-ala hipster adalah sikit,ruang kedai takdelah besar sangat,tapi amat kena dengan tema makanan,small portion & harga murah..so buat apa cafe besar-besar kan hihihi,lagipun kebanyakkan yang makan kat situ tak duduk lama sangat,yelah..ngap je makanan tu berapa minit je,3 mangkuk 3 minit kot hahaha..gelojoh lah korang ni.



Masa Kyo baru sampai,adalah ibu yang bawa anak dia pergi makan,tema cafe dia warna merah membara jantungku.


Kyo order 2 jenis makanan & 1 jenis minuman iaitu,Nasi Putih Ayam Cincang,Pulut Mangga & air Mangga.Makanan dia sedap gak,boleh tahan lah..kira kena & berbaloi dengan harga,macam rasa masakan mak-mak kat kampung macamtulah,kalau korang ni jenis tak sabar orangnya,kira bila dah duduk nak makan cepat je sampai,korang boleh datang sini,rasa Kyo duduk tak sampai 10 minit kot,semua dah terhidang atas meja,so yang jenis perut senang masuk angin boleh datang sini hihihi.

Memang dia betul-betul cincang,ni cincang sampai lumat ni orang kata hihihi.

Oppsss,lupa nak letak pic ni awal-awal,ni list makanan yang ada.


Di sebabkan tak sampai 10 minit makanan sampai kat meja,so Kyo pun makan dengan lajunya gak lah,tak sampai 11 minit 30 saat Kyo dapat habiskan semua,laju kan hihihi..Sebenarnya Kyo nak order lagi,adalah dalam 4 ke 5 mangkuk lagi,tapi malu pulak,dah lah datang sensorang,makan banyak pulak,kan tersusun pinggang mangkuk atas meja tu hahaha..kan kena pandang serong,orang sekarang tak leh caya,tak pasal-pasal viral nanti kat FB,tajuk,"Orang ke Jin".

So..kalau korang nak belanja member ke,nak belanja awek makan ke,datanglah sini,kos @ modal nak kuarkan murah hihihi,tak yah pergi belanja kat tempat mahal-mahal,makan kat sini je..Rm10 untuk 2 orang tak sampai rasanya,kan dah jimat tu,bukan kedekut tapi dengan ekonomi sekarang kena berbelanja secara berhemah,cakap kat member macamtu hahaha..

Licin,nampak macam Kyo jilat-jilat mangkuk tu kan sebab macam licin je hihihi.

So..nak datang sini senang je.

Direction Waze: Eat & Repeat Shah Alam
Buka: 11am-11pm






Tuesday, 3 March 2015

Nasi Manggey | Warung Kita(Sg. Buloh)

Fuhhhhh..tempat makan yang paling Kyo rasa perlu betul-betul bersabar, kenapa nak bersabar? kerana pelanggan yang memang betul-betul ramai dalam satu-satu masa. Kedai makan ini mengamalkan konsep layan diri, so korang kena beratur ketika nak beli makanan atau minuman. Ok, Kyo rasa Kyo boleh puji diri sendiri hihihi kerana masa yang diambil untuk beli nasi & minuman ialah selama 2 jam, bayangkan..lebih kurang pukul 1.30pm-3.30pm...baru Kyo dapat makan..so Kyo ni penyabar orangnya hahaha.

Banner nama kedai,senang sikit tak sesat ada banner.


Pelanggan memang ramai, ada 4 barisan & dalam 1 baris lebih kurang 20 orang, so purata dalam 80 orang yang berbaris..tu yang berbaris, yang tengah makan kat meja macam mana plak kan..full house kebanyakkan meja kat sna.Korang boleh tengok gambar kat bawah keadaan kedai masa tu.

Tengoklah rakyat beta yang kelaparan hahaha.
Restoran ini ada 3 tempat makan,2 tempat makan biasa & 1 lagi yang bersila.

Ini adalah barisan,jangan potong barisan,potong boleh gaduh tau(berpeluh masa ni).
Dah puas promote kedai, ni nak promote makanan plak..yang membuatkan ramainya orang adalah menu makanannya..simple tapi sedap serta harga berpatutan. Nasi yang Kyo makan ialah nasi manggey & hanya ada 1 menu nasi je masa Kyo makan tu,tak pasti kalau ada menu lain lagi. Di dalam nasi manggey ni juz ada ayam goreng cincang(cincang besar bukan kecil) lepastu kuah & sambal, nasi ni adalah nasi kukus & kuah die sedap, tu lah penyedap dia kot,kalau tengok ayam tu biasa je,tapi sedap die tu maybe disebabkan kuah. Bagi yang pernah try nasi kakwok, rasa dia ada ala-ala nasi kakwok tapi tetap ada kelainan dia juga.

Selain nasi manggey, Warung Kita ini juga popular dengan air coconut shake(yang ni Kyo tak try lagi), air kelapa baldi & ABC Orea(ni pon tak try lagi). Air kelapa baldi tu memang dalam baldi,korang jangan ingat baldi yang letak kain tu,yang tu besar sangat,ni baldi besi yang kecil tu tapi air sebiji kelapa lah,memang kenyanglah Kyo masa tu,kenyang air & nasi huhuhu.

Nasi manggey tapi special punya,lapar punya pasal..nafsu-nafsu.
Air kelapa baldi,bukan sup ye hihihi.
Gambar candid je,nak suh dia possing pon macam busy je hihi.
Harga makanan kat sini tak lah mahal, nasi manggey yang biasa ialah RM4.50,tapi masatu Kyo beli nasi manggey special,special ni kira lebih nasi & lauklah.Memang banyak, masa tu tengah lapar, yelah tak makan nasi lagi, tak taulah dia punya ramai camtu sekali huhuhu..harga yang Kyo makan nasi manggey special + air kelapa baldi ialah RM 9.50, so memang murah lah,tu pon Kyo ambil yang special.

Selfie kaki masa tengah beratur hihi.


Lagi satu, restoran ni sediakan basikal & kereta mainan untuk kanak-kanak, so kalau ada bawa budak-budak tak boringlah diorang sambil tunggu korang beratur tu hihihi.Mesti nak direction ke sana kan..senang je..first pergi install Waze untuk GPS hihi.

Direction Waze: Warung Kita Kampung Melayu Sungai Buloh
Infoline: 013-9962525
Page Fb Warung Kita:  Warung Kita


Thursday, 27 November 2014

Maggi Ketam | Slero D Timur(Putrajaya)


Maggi/mee ketam rasanya adalah post kedua yang Kyo buat kat sini,tapi maggi ketam yang Kyo makan kat sini memang sedap,memang berbaloi & memang sedap walaupun harga boleh tahan gak...tapi tak salah kalau nak mencuba benda sedap sebab korang tak berasa rugi bila dah rasa makanan sedap ni kan.

Terletak di Putrajaya area Percint 8, foodcourt kat Percint 8 ni baru siap lagi & view yang cantik sebab berada sebelah dengan tasik...dari restoran ini juga korang boleh tengok view jambatan yang ada lampu...alaaa yang jambatan dia yang tukar-tukar warna tu,so kalau nak bawa buah hati yang sudah halal aka isteri @ buah hati yang bakal halal aka tunang @ makwe/pakwe boleh lah bawa kat sini...tapi Kyo pesan awal-awal,standby duit lebih sikit hihihi kot2 ada nak makan lain lagi ke hihihi.


Maggi Ketam yang disediakan menggunakan mee yang berlainan daripada Kyo makan kat mana-mana kedai & restoran yang pernah Kyo makan sebelum ini. Selalunya bila kita makan maggi/ mee segera,jika lambat makanlah...mee tu akan jadi kembangkan..kira tak sedap dah nak makan, tapi kat sini mee yang digunakan langsung tak kembang,tu yang buat rasa sedap tu.

Kalau korang biasa makan ketam nipah, selalunya size ketam itu mesti besar dari size ketam biasa & cengkerang ketam itu juga lebih keras...so bagi menyelesaikan masalah itu & bagi yang sayang gigi anda yang comel,alat-alat pembunuhan ketam disediakan hihihi.


Huhhh...tengok gambar kat atas pon dah rasa kejamnya hihihi. Ok..kita ceritabsal size ketam pulak ye...size ketam yang sediakan agak besar @ memang besar sebab mangkuk yang disediakan untuk hidang makanan tu pon dah besar. Mee/maggi juga agak banyak...masa ini Kyo pergi dengan ex-classmate, member Kyo yang perempuan tunjukkan tempat ini. Sebelum sampai sana dia ada cerita yang kalau perempuan makan sorang confirm tak habis sebab size pinggan yang besar & mee yang banyak. Tapi tak bagi Kyo,kalau dah macamni sedap & besar mana pon ketam..tetap licin hihihi.


Gambar tu Kyo bandingkan dengan hp lenovo member Kyo, sebab kalau Kyo bagitahu size pon korang bukan boleh agak pon kan hihihi...so perbandingan kat situ korang boleh tengok hihihi..sorylah gambar rotate sendiri...sebab tulis entry guna hp hihihi.





Mesti terliurkan tengok gambar ini, masa ni kitorang order 3 mangkuk maggi/mee ketam... So memang agak penuh gak lah meja makan ini...tadi Kyo cerita sal rasa mee dia yang tak kembang & ketam nipah yang besar, rasa mee/maggi ini memang sedap bagi Kyo & bagi peminat masakan pedas..ini memang peberet korang hihihi..agak fuhhh-fuhhh & mulut yang muncung sebab tahan pedas & korang confirm akan order air kosong lebih hihihi. 

So bila dah habis makan confirm kena belanja gambar pinggan & mangkuk pulakkan hihihi...silakan.



Amacam...licin tak...ok, sal harga pulak,Kyo boleh katakan harga boleh tahan gak lah..harga korang boleh tengok gambar kat bawah..dah bagi resit dah ni, so tak payah tulis lah harga dia ye...


Alamat: Slero D Timur
             Lot C1-LG-02,Promenade@8,
             Precint 8, WP Putrajaya.

Tel.     : 0388931089










Sunday, 5 October 2014

Steamboat | Yuen Buffet Steamboat(Petaling Jaya)

Kyo perasan kebanyakkan post Kyo banyak steamboat kan hihihi...Steamboat kat sini ada special dia sikit...dia terkenal dengan Honey Chicken Wings dalam B.M dia, kepak ayam madu...memang mabelos lah kepak ayam ni...teramat special dan dia akan tambah yang baru selang 10-15 minit. Kepak ayam ni kalau letak dalam bekas dia tak sampai 30 saat dah habis...memang boleh tengok acara rebut-rebut hahaha...sampai Kyo dah kenal makcik yang angkat kepak tu datang(Kyo amat expert dalam berebut ni hihihi).

Kenapa Kyo start cite terus cakap sal kepak ayam madu ni, sebab dia teramatlah sedap sampai dia punya rempah tu melekat kat jari hahaha....Sebelum ni restoran ni terletak kat bandar Sunway, sebab apa dia pindah Kyo xpastilah...tapi yang Kyo rasa maybe sebab keselesaan tempat untuk makan tu..sebab tempat yang baru ni lebih selesa dan luas...tak rasa crowded macam tempat yang lama sebelum ni.


Gambar hadapan restoran..gambar ehsan dari website Yuen Steamboat..lupa nak snap pic depan hihihi.


Bahan-bahan dia untuk wat steamboat tu kebanyakkan sama dengan restoran lain gak...kat sini takde tempat untuk bbq juz ada yang rebus-rebus je hihihi...so no bakar-bakar ye. Air dia tak sekali dengan harga makanan so kalau korang nak order kena tambah duit sikitlah tapiiiiiii...dia air teh cina dia akan bagi free je...alaa..teh yang rasa pahit sikit tu...maybe untuk mudah penghadaman kot(Kyo xtau tau,teka je hihihi). Tapi pilihan dia memang banyak untuk seafood tu, desert pon ada tau.

View dari hujung kepala keretapi hahaha...banyakkan.

Micro view...micro lah sangat..pic yang dekat sikit.

Sayur & mee pe ntah Kyo pon xkenal,ada macam2 kaler.


Sebelum ni kita biasa lah tengok bahan-bahan untuk wat steamboat cam pic kat atas kan, aritu Kyo tengok something baru lah...Ketam besar sudu digoreng garing...kecil-kecil je tapi sedap tau. Ketam tu digoreng seekor-seekor...dengan kaki pon ada..Kyo makan pon telan camtu je(nak telan tak dapat,kena kunyah gak hahaha). Cite confirm korang tak percaya kan...belanja pic sikit hahaha.

Ketam sedang berenang-berenang kuak lentang hahaha.

Silap bagitau plak...besar sudu dari ketam hahaha.
Oppss...sebelum lupa..benda paling spesial kat restoran tu..kepak ayam madu, kepak ayam takde lah besar sangat...tapi tak besar pon sedap tau...maybe cara nak wat dia memang tak boleh guna kepak besar kot, kalau tak..rempah dia xserap(andaian dari sang bijaksana hahaha).Nak dapatkan kepak ni memang sesuatu yang agak susah,penat lelah, bergaduh, pukul memukul baru lah dapat kepak ni(gimik & hiperbola semata-mata). 


Pe macam...fuhhh..terliur saya..pekat. melekat & meleleh.



Pandangan heli yang cuba mendarat hahaha.

Desert macam kuih,kek, buah-buahan ada dalam peti ais yang disediakan...Kyo nak pergi ambil pic dekat malu sebenarnya...tu jadi camtu hahaha...pic aiskrim pon ada.

Sory amoi..silap snap pic...nak snap yang dalam peti ais tu sebenarnya huhuhu.

Aiskrim yang sejuk...combination yang mengancam.


Ni yang Kyo paling suka...keadaan meja selepas makan kenyang-kenyang hahaha...agak banyak di situ...kenapa banyak coz bukan Kyo sorang je yang pergi makan...masa ni Kyo pergi dengan member-member 1 kelas masa study dulu...kebanyakkan yang sebelum makan perut agak kempis tapi selepas makan perut jadi ketul-ketul...1 PAX hahahaha...bukan 6 pax ok. Macam reunion kecil lah gak.


Ni sebenarnya xlast lagi..masa ni tengah tunggu member yang xsampai...tapiiii...emmm.

Licin...kuah dia best gak lah...free je nak refil kuah tu.

Antara geng lantak sampai kenyang...bakal bapak yang baju biru...y long hair ala2 awie tu bakal pengantin hahaha.
Macam biasa..mesti nak alamat,gps koordinat...ni Kyo nak bagi Waze lagi..tak sampai lagi tak tau lah...jangan jadi macam member Kyo...dialah paling lambat sampai sini...bab jalan...emmm(sory termengumpat kat sini hihihi)

Alamat:
Yuen Buffet Steamboat Restaurant
8G. Block A.
Zenith Corporate Park(belakang Paradigm Mall),
Jalan SS7/26 Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya Selangor.

GPS Koordinat:
3.104922,101.592366

Waze:
http://waze.to/hw281xv1qm


p/s:Kejadian ni berlaku selepas Aidilfitri...bukan Aidiladha...cuma skank ada masa sikit hihihi...jgn risau...valid lagi.







Sunday, 6 April 2014

Steamboat | Seoul Garden(The Mines)

Seoul Garden(SG) maybe tempat steamboat yang paling Kyo puas hati,rempah yang diperap yang digunakan untuk perapan bahan untuk steamboat memang sesuatu yang lain. Selalunya apabila ke restoran /kedai steamboat yang lain,bahan yang digunakan tidak diperap dengan rempah,kira tawar je lah(ore qlate oyak tawar ebe wehhh).Sos perapan yang digunakan memang terbaik sampai Kyo rasa tidak perlu pencicah @ sos apabila nak dimakan.

Rasa perapan yang digunakan terutama didalam daging memang terasa...Kyo kan suka kambing...fuhhhh sodap habaq hang rasa cam nak mengembekkkkkk je...tapi macho kena jaga hahaha. Maybe bahan untuk steamboat di Seoul Garden tidak sebanyak tempat lain,kalau di Flaming Steamboat,bahan yang digunakan memang banyak...tapi bagi Seoul Garden bukan satu masalah,SG hanya menyediakan bahan yang penting sahaja,contohnya...udang,ketam,sotong,bahagian daging yang terpilih...kebanyakkan yang datang makan tidak memilih makanan berasaskan tepung kerana mereka menganggap tidak berbaloi dengan harga yang dibayar jika makanan tersebut dipilih(kira macam gerai pasar malam tu).

Jika korang selalu pergi di SG,korang akan perasan yang tak semua SG menyediakan menu yang sama,contohnya SG di IOI Mall,tidak menyediakan daging kambing(kalau ada salah silap tegur ye),SG di The Mines menyediakan daging kambing & sushi...so tak semua SG menyediakan menu yang sama tapi sos & perencah tetap sama.

Kelebihan yang SG sediakan juga,adanya bbq..kerana selalunya kedai steamboat hanya menyediakan yang boleh celup menyelup je,bakar2 tak de...tapi di SG ada....aroma bbq ni lah yang membuatkan Kyo tiba2 berada didalam restoran Seoul Garden hihihi(try lah lalu sebelah restoran SG,confirm nafsu nak diet rasa tergugat hihi).

Nak cerita sal harga,memang harga agak mahal berbanding tempat lain,tapi kesedapan,suasana & layanannya memang berbaloi2...bak kata nenek sebelah mak kawan saya...alah membeli menang memakai(macam iklan sabun je huhuhu)...fuhh..penat bercerita...so biar gambar plak berbicara hihi...


Seafood & sayur yang disediakan,semua fresh,nasib baik ikan dah kena potong,
kalau tak melompat2 ikan tu.

Ada macam2 sushi, tapi Kyo nasihatkan jangan makan dulu,
kalau dah kenyang..susah nak makan yang lain lagi.


Ketam tengah berenang kuak lentang dalam kuah tomyam,
kuah ni ada banyak jenis & kalau dah kering boleh refill.


Dis is udang tiger haha,rasanya udang harimau coz belang2,
tak taulah udang nyamuk,nyamuk pun belang2 gak kan hihihi..


Ini antara pencuci mulut/manisan yang ada,macam2 tau,ABC pun ada,
tapi Kyo selalu makan aiskrim je,macam kacang @ bitt tu letak banyak2,kita bayar maa...


Ini orang sebelah punya tempat,suasana SG kat sini ok & tersusun.

Harga juz tertakhluk di The Mines sahaja, harga setiap cawangan & negeri berbeza,
mybe bahan sana murah,kat sana murah lah sikit harga dia.



Ok...ni map dia,kalau rasa tak jumpa hello2 lah Kyo dulu hihihi The Mines



Kalau ada masa & ingin merasa steambot yang lain dari yang lain,datanglah ke Seoul Garden, harga yang agak mengancam dari tempat lain tapi rasanya pon mengancam gak....bagi Kyo amat berbaloi..cubalah walau sekali,tapi mungkin lepas sekali akan berkali2 macam Kyo hihihi.







Thursday, 26 September 2013

Maggie Ketam | Gerai AW Maggi Ketam(Puchong Perdana)

Selalunya kalau kedai makan terkenal paling cikai pon restoran kan,tapi korang kena tau...makanan yang best bukannya perlu berada di hotel @ restoran, gerai tepi jalan pon banyak yang best-best, lagipon Kyo akan update semua tempat makan yang Kyo rasa perlu orang lain rasa gak.

Kyo dah lama nak makan maggie ketam ni,tapi tak jumpa tempat yang jual makanan ni area Selangor/ K.L,harini dapat gak Kyo makan,tu pon masa pergi lunch hihihi, sempat gak merasa...sampai menghirup kuah orang cakap,jilat mangkuk je belum coz malu.

Kyo tak ambil gambar view dari jauh kedai dia,tapi Kyo akan bagitahu area mana ye,jangan risau...


Sebelum makan minum dulu, kalau sape2 nak tau, ni air lagend kat Kelantan, zaman budak-budak dulu...air ni antara yang feveret,rasa biasa je,tapi masa minum mesti teringat nostalgia...cewahh hihihi.
Nak tunggu hidangan ni tak lah lama sangat,tak sampai perut berbunyi pon...dapat makan tu memang puas hati. Bagi Kyo ketam die sederhana besar,tak kecil & tak besar sangat tapi memuaskan(Kyo tengok macam ketam ni hidup lagi pon ada)
Nie gambar view dekat sikit, bagi korang terliur hihi...ketam yang Kyo order ni ada telur tau,merah kekuningan gitu telur dia, ketam dia jenis ada isi walaupun sederhana besar...ada kepuasan jugalah makan kat sini.
Sesi penghabisan dah, tengok...licin kan,kuah die pon Kyo betul-betul hirup tau...nak sedut dengan straw tapi tak apelah,hirup dengan sudu pon dah rasa kenyang dah..


Bagi Kyo,maggie ketam ni best...rasa kuah dia macam kita makan mee celup(bagi orang qlate), kalau sape-sape pernah makan mee celup camtulah rasa kesedapan die, kalau tak,tak licin Kyo makan tu. Gerai dia tepi jalan je, Kyo dah selalu lalu depan gerai dia, minggu lepas nak pergi makan,tengok-tengok takde,ingat dah tutup...rupa-rupanya barang kat kedai diorang kena angkut kat Majlis,so semua barang baru kat kedai die,meja baru, gelas baru...gelas die guna brand Apple Lady tau, mahal kot....takpe,asal diorang cari rezeki yang halal...sape salah Kyo tak tau.

Setahu Kyo,tukang masak bagitahu yang diorang belajar masak maggie ketam ni kat Kelantan sebab dia asal Acheh, sebabtulah Kyo rasa macam mee celup, resepi dari sana rupanya...Selain dari maggie ketam, ada gak maggie sotong,udang & korang juga boleh try nasi goreng ketam, member Kyo cakap best gak nasi goreng tu,ketam die goreng spicy gitu.

Harga maggie ketam ni tak de lah mahal sangat berbanding tempat lain sampai berbelas-belas harganya...nie harganya..

Rm10


Tempat dia senang je,korang cari Masjid As-Salam @ masjid terapung..klik map Masjid As-Salam, kalau korang dari LDP menuju ke masjid tu,korang terus je sambil tengok belah kiri coz gerai tu sebelah kiri,masjid belah kanan,dia dekat dengan kedai mamak,nama kedai tu...Syed Bistro,memang dekat sangat dengan kedai mamak tu...confirm jumpa,tak jumpa pm Kyo tak pon tanya kat chatbox pon boleh.

Tuesday, 24 September 2013

Ketam Masak Sos Special, Sup Sirip Ikan Yu & Butter Prawn | Restoran Mohd Chan(Bandar Baru Bangi)

Hari tu Kyo terasa nak makan masakan chinese,nampak macam sedap je...lebih-lebih lagi tengok yang itik gantung tu hihihi,pe lagi nak try makan lah...tapi kenalah cari yang restoran yang halalkan,jangan main hentam je...akan jadi darah daging kita gak nanti,so Kyo try tanya kawan-kawan,diorang prefer Kyo pergi Restoran Mohd Chan, so pe lagi....plan lah leklok,Kyo pergi area Bandar Baru Bangi.

Niat di hati nak try itik gantung tu, sampai sana lepas tengok menu dia terus tak jadi coz ada lagi yang menyelerakan,tangkap leleh gua beb hihihi. Kyo telah pesan seperti tajuk di atas, Kyo tanya pelayan yang ambil order tu,yang mana diorang prefer untuk Kyo makan,dia prefer suh makan ketam masak sos spesial,so Kyo order lah yang tu, semua masakkan yang Kyo order kira ada bintanglah,alaaa...kan kalau makanan yang selalu di order oleh pelanggan,dia akan letak rating,so Kyo pilih yang mana ada rating lah..makanan yang Kyo order ketam masak sos special,sup sirip ikan yu & butter prawn(udang goreng mentega).

Gambar tak ambil banyak coz teruja sangat hihihi.

Front elevation hahaha, terbawak ayat construction pulak, ni gambar depan Restoran Mohd Chan, restoran ni senang je nak cari,dekat dengan Speedmart, dia duk 1 block dengan Iceroom yang bangunan dia warna hijau,tapi Restoran Mohd Chan ni area belakanglah,Iceroom tu depan tepi jalan besar.

Tu yang merah-merah tu,ketam masak sos special,ketam dia besar-besar tau, 4 ekor semuanya,tapi dah potong 2,3 & 4 hihihi. Kyo pergi 2 orang je,Lepastu Kyo orderlah sup sirip ikan yu tu,dah 2 orang makan, confirm order yang small lah kan, coz kat situ ada tulis,size hidangan sup yang kita nak,mak aiii...yang sampai small dia tu small gergasi, bukan untuk 2 orang dah macam 5-6 orang makan,dalam sup tu ada crab meat, telur, su'un, mushroom & shark fin(ingat balik sup ni terasa kenyang plak)

Ni plak butter prawn, dah macam ala-ala rambut plak kan,udang dia besar-besar gak,fuhhh...nampak menyelerakan tapi memang menyelerakan pon hihihi...rasa dia macam telur+mentega,dah memang nak wat butter prawn ni pon mentega dengan kuning telurkan. Kalau sape2 suka makan udang,boleh lah order ni, tak silap udang dalam 6 ekor,jangan risau saiz udang ni XXl,saiz seluar 38 hahahaha,gurau je.(Kamera Galaxy Note,bukan DSLR, rasa macam pro plak ambil pic hihihi)

Alhamdulillah, ni saat kekenyangan yang tak boleh diucap dengan kata-kata, bunyi sendawa yang merungkai semua persoalan tersebut, ada macam penyair tak hihihi, sup sirip ikan yu memang ambil masa nak habiskan sampai surrender coz memang tak dapat nak habiskan.


Pendapat Kyo bagi makanan yang Kyo order tu iaitu Ketam masak sos special tu, rasa dia macam kita makan ketam masak sos cili dalam botol tu tapi rasa manis-manis pedas gitu,bagi Kyo manis sangat dalam masakkan tak sesuai sangat,air boleh kalau nak manis hihihi,tapi yang wat Kyo rasa best coz ketam die besar & isi ketam dia memang padat, macam tak rugi je order.

Sup sirip ikan yu tu plak bagi sape-sape tak pernah makan, boleh try order, nak rasa camne sup sirip ikan yu kan, masa Kyo duk makan tu tak jumpa plak sirip ikan, cendawan de lah,nak wat camne,sirip dah hancur kena kacau hihihi.

Butter prawn ni memang best gak, rasa rerambut iaitu kuning telur+mentega tu memang menyelerakan,ada rasa manis-manis gak tapi kena lah nak makan dengan nasi tu.

Kyo tengok makanan di Restoran Mohd Chan nie banyak berasaskan telur bagi setiap masakkan dia, maybe orang Chinese ni suka makan makanan yang berasaskan telur kot, Kyo pon tak pasti,tu kena tanya member korang yang Chinese lah hihihi.

Nie harga yang Kyo ingatlah...

Butter Prawn: Rm 22
Shark Fin(small): Rm 18
Ketam Masak Sos Spesial: Rm38

Nie plak alamat die, sesat tanya orang tau...

No.30, Jalan Medan Pusat 2c,
Pusat Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tau,nak map la tu kan,ok2,ni map dia,klik sini Restoran Mohd Chan.

Kalau korang nak pergi nanti...nasihat Kyo, baik pergi dalam 4-5 orang coz hidangan small dia memang SMALL sangat hihihi, Kyo takut korang membazir je,tapi tak pe, boleh bungkus wat balik,macam Kyo pon wat balik butter prawn tu,tak abis. Restoran ni kalau pergi berdua memang rasa mahal sikit, so kalau pergi ramai untuk hidangan small baru rasa murah sangat coz Restoran Mohd Chan ni lebih kepada tempat family pergi makan.Wassalam.


KETAHUI KEHEBATAN HERBA DI RUMAH ANDA